LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK PENGGANTIAN PAIP DI SKIM RAMPANGI I DAN II, BAHAGIAN KUCHING
05 Feb 2025 - 05 Feb 2025,
Rampangi I dan II , Kuching
JBALB Kuching
LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK PENGGANTIAN PAIP DI SKIM RAMPANGI I DAN II, BAHAGIAN KUCHING
Pada pagi tadi (5 Februari 2025), YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke Projek Penggantian Paip di Kawasan Skim Rampangi I dan II, Bahagian Kuching.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan dan Encik Ts. Mohd Muazzam bin Borhan (Ketua Penolong Pengarah - 'Non-Revenue Water')
Turut hadir bersama YB Menteri adalah YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti).
Taklimat berkenaan status projek tersebut telah disampaikan oleh Encik Ir. Ts. Awg Muhammad Ayahtullah bin Awang Najeri, Jurutera Air Bahagian Kuching.
Pelaksanaan projek ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi (MUT) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah diamanahkan sebagai agensi pelaksana dalam usaha untuk mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil ('Non-Revenue Water' - NRW) di Sarawak.
Projek penggantian paip baharu ini adalah inisiatif penting yang diambil pihak kerajaan dalam menukar paip lama yang sudah uzur, berkarat, dan kerap mengalami kebocoran yang mengakibatkan bekalan air tidak konsisten
Bagi projek di Skim Rampangi I & II, ia melibatkan peruntukan sekitar RM1.6 Juta dengan penggantian paip baharu jenis HDPE sepanjang lebih kurang 10KM dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2025.