LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE PEJABAT JBALB DAERAH DARO DAN LOJI RAWATAN AIR DARO
28 Jan 2025 - 28 Jan 2025,
Pejabat JBALB Daro, Loji Rawatan Air Daro
JBALB Mukah
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE PEJABAT JBALB DAERAH DARO DAN LOJI RAWATAN AIR DARO
Seusai lawatan tapak ke Projek "Acute System" Daro pada 28 Januari 2025 (Selasa), Tuan Pengarah JBALB Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan meneruskan lawatan kerja ke Pejabat JBALB Daerah Daro dan Loji Rawatan Air Daro pada hari yang sama.
Beliau telah diberikan taklimat oleh Encik Abang Ismail bin Abang Selim, Jurutera Air Bahagian Mukah. Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB adalah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi).
Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan terkini pengoperasian sistem perawatan bekalan air di loji berkenaan, di samping untuk berjumpa dengan warga kerja JBALB Daerah Daro.
Lawatan ini juga meneruskan acara 'turun padang' tuan pengarah bagi melawat loji-loji rawatan air JBALB di seluruh Sarawak bagi meninjau sendiri keadaan loji serta pengoperasian sistem bekalan air.