LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE PROJEK "ACUTE SYSTEM" DARO
28 Jan 2025 - 28 Jan 2025,
Acute System Daro
JBALB Mukah
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE PROJEK "ACUTE SYSTEM" DARO
Setelah melawat dan meninjau projek bekalan air di Kampung Penasu dan Nanga Semah, Daerah Daro, Tuan Pengarah JBALB Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan terus melakukan lawatan kerja ke Projek "Acute System" di Daerah Daro pada 28 Januari 2025 (Selasa).
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan serta kemajuan terkini projek berkenaan agar ia dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Projek ini amat signifikan untuk disiapkan bagi menambahbaik sistem bekalan air sedia ada.
Taklimat berkenaan projek telah disampaikan oleh Encik Abang Ismail bin Abang Selim, Jurutera Air Bahagian Mukah.
Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB adalah Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi).