MAJLIS AMANAT BERSAMA YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK TAHUN 2025
27 Jan 2025 - 27 Jan 2025,
The Waterfront Hotel Kuching
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
MAJLIS AMANAT BERSAMA YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK TAHUN 2025
Pada petang tadi (27 Januari 2025), Majlis Amanat bersama YB Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah diadakan bertempat di Ranyai Ballroom, The Waterfront Hotel, Kuching.
Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan turut menghadiri majlis ini bersama 10 pegawai yang lain.
Pada majlis ini, selain mendengar amanat YB Menteri yang memberi fokus kepada strategi pihak kementerian pada tahun ini untuk menambahbaik perkhidmatan bekalan utiliti, telekomunikasi dan gas kepada rakyat Sarawak, pelancaran Buku Annual Plan 2025 turut diadakan dan diserahkan kepada Tuan Pengarah JBALB serta ketua jabatan yang lain.