Event

 

LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR BALAI RINGIN, BAHAGIAN SERIAN

24 Jan 2025 - 24 Jan 2025, Loji Rawatan Air Balai Ringin, Serian
JBALB Serian
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR BALAI RINGIN, BAHAGIAN SERIAN

Setelah menghadiri Lawatan Kerja Rasmi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Loji Rawatan Air Lingga, Bahagian Sri Aman pada pagi tadi (24 Januari 2025), Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan terus melakukan lawatan mengejut ke Loji Rawatan Air Balai Ringin di Bahagian Serian pada sebelah petang hari yang sama bagi melihat perkembangan terkini pengoperasian sistem perawatan bekalan air di loji berkenaan.

Beliau telah diberikan taklimat oleh Puan Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan, Jurutera Air Bahagian Serian.

Lawatan ini meneruskan acara 'turun padang' tuan pengarah bagi melawat loji-loji rawatan air JBALB di seluruh Sarawak bagi meninjau sendiri keadaan loji serta  pengoperasian sistem bekalan air.