LAWATAN 'BENCHMARKING VISIT' KE SARAWAK ENERGY BERHAD
22 Jan 2025 - 22 Jan 2025,
Menara Sarawak Energy Berhad
JBALB HSE
LAWATAN 'BENCHMARKING VISIT' KE SARAWAK ENERGY BERHAD
Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (HSE) telah menganjurkan satu lawatan 'benchmarking visit' ke Sarawak Energy Berhad pada 22 Januari 2025 bertempat di Menara Sarawak Energy Berhad, Kuching.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk perkongsian maklumat dari segi pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara keseluruhan.
Lawatan ini telah dihadiri oleh seramai 23 peserta wakil majikan dan pekerja HSE Ibu Pejabat dan JBALB Bahagian yang diketuai oleh Encik Ir. Ts. Tie Tung Ing (Pengurus Kualiti) dan Puan Ir. Ts. Gs. Gracie Chong (Ketua Penolong Pengarah - Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).
Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JBALB Sarawak amat berterima kasih di atas perkongsian ilmu ini dan diharapkan ia dapat memberi manfaat dalam kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.