Event

 

MESYUARAT SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JBALB SARAWAK

21 Jan 2025 - 21 Jan 2025, Citadines Uplands Hotel Kuching
JBALB HQ

MESYUARAT SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JBALB SARAWAK

Pada 21 Januari 2025, satu mesyuarat telah diadakan daripada YBhg. Datu Jafri bin Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama Pengurusan Tertinggi JBALB Sarawak bertempat di Citadines Uplands Hotel Kuching.

Ketibaan YBhg. Datu telah disambut oleh barisan Pengurusan Tertinggi JBALB yang diketuai oleh Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak. 

Sepanjang sesi mesyuarat berlangsung, Tuan Pengarah JBALB serta timbalan-timbalannya telah memberi taklimat mengenai perkembangan terkini pengoperasian JBALB, pencapaian yang telah dicapai pada tahun 2024, status projek-projek bekalan air, perancangan JBALB pada tahun 2025 serta isu-isu semasa.

Seusai sesi mesyuarat tersebut, YBhg. Datu telah dibawa ke JBALB Command Centre untuk melihat perkembangan terkini pengoperasian sistem pendigitalan bekalan air di seluruh Sarawak. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Encik Ts. Anwarul Adzizi Adeni (Ketua Penolong Pengarah - Transformasi Digital).

Pihak JBALB Sarawak amat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan daripada YBhg. Datu ke Ibu Pejabat JBALB Sarawak.