Event

 

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SCORECARD JBALB BIL. 4/2024 

20 Jan 2025 - 20 Jan 2025, The Waterfront Hotel Kuching
JBALB Quality Management
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SCORECARD JBALB BIL. 4/2024 

Satu mesyuarat berkenaan Pelaporan Kemajuan Pencapaian bagi Pengurusan Scorecard Suku Keempat Tahun 2024 telah diadakan pada 20 Januari 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Kerangas, The Waterfront Hotel, Kuching. 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak selaku Scorecard Champion JBALB. 

Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah Puan Julina Ho (Timbalan Pengarah (Pengurusan) selaku Timbalan Scorecard Champion), Encik Ir. Ts. Tie Tung Ing (Pengurus Kualiti), Puan Ir. Ts. Gs. Gracie Chong (Penyelaras Scorecard), para 'Strategic Objective Owner' dan 'Measure Lead/KPI Owner'.

Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB juga turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.