Event

 

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI BELIA, SUKAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SARAWAK KE PROJEK MENAIKTARAF LOJI RAWATAN AIR LUBAU, BAHAGIAN BETONG

15 Jan 2025 - 15 Jan 2025, Loji Rawatan Air Lubau, Betong
JBALB Betong
LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI BELIA, SUKAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SARAWAK KE PROJEK MENAIKTARAF LOJI RAWATAN AIR LUBAU, BAHAGIAN BETONG

Pada 15 Januari 2025, YB Dato Gerald Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Lubau di Bahagian Betong. 

Lawatan ini bertujuan bagi meninjau serta memantau perkembangan terkini berkenaan dengan projek tersebut yang setakat ini telah menunjukkan perkembangan yang amat baik dan mengikut jadual. 

Taklimat berkenaan dengan projek tersebut telah disampaikan oleh Ir. Tay Chiaw Teck, Jurutera Air Bahagian Betong.

Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan), serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.

Bagi menampung permintaan bekalan air terawat yang semakin meningkat di Daerah Betong, keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebagai agensi pelaksana kini sedang melaksanakan projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Lubau daripada kapasiti 30 Juta Liter Sehari kepada 60 Juta Liter Sehari. 
Projek ini telah bermula sekitar pertengahan tahun 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026.