Event

 

LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN “ACUTE SYSTEM” KAWASAN SG. SADIT, BAHAGIAN SIBU

29 Sep 2024 - 29 Sep 2024, Sg Sadit, Sibu
JBALB Sibu, MUT, Sibu Water Board
LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN “ACUTE SYSTEM” KAWASAN SG. SADIT, BAHAGIAN SIBU

Setelah membuat lawatan ke tapak projek pembinaan Loji Rawatan Air Kaki Wong di Bahagian Betong pada sebelah pagi (29 September 2024), YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utilti dan Telekomunikasi Sarawak terus melakukan lawatan kerja ke tapak projek Pembinaan "Acute System" di kawasan Sg. Sadit, Bahagian Sibu pada sebelah petang.

Ketibaan YB Menteri disambut oleh Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak.

Pelaksanaan projek pembinaan “Acute System” bernilai sekitar RM5 Juta yang kini dalam fasa awal pembinaan adalah bagi menambahbaik sistem bekalan air sedia ada di kawasan Sg. Sadit dan sekitarnya.

Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak ini dijangka siap pada hujung bulan Mac 2025.

Skop projek ini merangkumi kerja-kerja berikut:
1. Pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti empat (4) Juta Liter Sehari
2. Pemasangan saluran paip baharu ke paip agihan sedia ada.

Ia akan memberi manfaat besar kepada penduduk di Sg. Sadit dan kawasan sekitarnya.

Keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi (MUT) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana bagi menambahbaik sistem bekalan air serta menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Encik Itin Langit (Pengurus Besar Lembaga Air Sibu), Ts. Sally Tang (Jurutera Air Bahagian Sibu), serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.