Event

 

MAJLIS PERJUMPAAN DAN MAKAN MALAM PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA DELEGASI SUKMA KONTINJEN PULAU PINANG

07 Aug 2024 - 07 Aug 2024, Riverside Majestic Hotel Kuching
JBALB SUKMA MSN Penang
MAJLIS PERJUMPAAN DAN MAKAN MALAM PENGARAH JBALB SARAWAK BERSAMA DELEGASI SUKMA KONTINJEN PULAU PINANG

Satu majlis perjumpaan di antara Tuan Pengarah JJBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama Pengarah MSN Negeri Pulau Pinang serta delegasinya telah diadakan pada 7 Ogos 2024 bertempat di Riverside Majestic Hotel Kuching.

Terlebih dahulu, ketibaan kontinjen Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bersama atlet-atlet tenpin boling telah disambut oleh Ts. Ahmad Selihin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi) serta Ahli Jawatankuasa Induk Agensi Angkat Sukma/Para Sukma XXI Sarawak.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan persediaan, penyelarasan, dan persiapan akhir bersempena dengan Sukma dan Para Sukma XXI Sarawak 2024.