SESI TAKLIMAT PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP BEKALAN AIR SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI 2024
03 Jul 2024 - 03 Jul 2024,
Borneo Convention Centre Kuching
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
SESI TAKLIMAT PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP BEKALAN AIR SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI 2024
Pada 3 Julai 2024, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah mewakili agensi bekalan air memberi taklimat kesedaran berkenaan Pencegahan Vandalisme: Bekalan Air kepada lebih kurang 1,200 para pelajar dari institusi pengajian tinggi awam/swasta dan sekolah menengah di sekitar Bandaraya Kuching.
Kempen pencegahan vandalisme merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dengan kerjasama agensi-agensi di bawahnya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya aktiviti vandalisme yang memberi impak buruk kepada semua.
Kempen kesedaran ini akan terus giat dijalankan oleh pihak kementerian di seluruh Sarawak dengan harapan masyarakat akan dapat memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani jenayah vandalisme ini.