KURSUS INTEGRITI DAN PEMANTAPAN PENGURUSAN KEWANGAN 2024
16 May 2024 - 16 May 2024,
Imperial Hotel Kuching
JBALB HQ
KURSUS INTEGRITI DAN PEMANTAPAN PENGURUSAN KEWANGAN 2024
Kursus Integriti dan Pemantapan Pengurusan Kewangan telah diadakan pada 16 Mei 2024 bertempat di Imperial Hotel Kuching dan telah dihadiri oleh seramai 98 peserta daripada kakitangan Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian.
Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah Pembangunan), dan Ts. Ahmad Selihin Che Said (Timbalan Pengarah Operasi) turut hadir dalam kursus tersebut.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan pegawai dengan perangkap sogokan dalam tatacara perolehan, memantapkan pengetahuan pegawai dalam pengurusan bayaran, dan meningkatkan kesedaran yang berterusan dalam kalangan warga kerja berkenaan pengurusan kewangan yang baik selari dengan perkembangan dan hala tuju dalam mencapai visi dan misi JBALB Sarawak.
Setinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya sekali kepada penceramah Encik Velontino anak Bujang daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Encik Chai Min Siam dan Encik Mohd. Arif Mustapha daripada Jabatan Audit Negara dalam menjayakan kursus tersebut.