picture

Event

 

Lawatan Kerja YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) ke Projek Bekalan Air Bahagian Bintulu

22 Mar 2023 - 22 Mar 2023, Pejabat JBALB Bahagian Bintulu, Stesen Pam Penggalak Maskat
JBALB Bintulu
Lawatan Kerja YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) ke Projek Bekalan Air Bahagian Bintulu pada 22 Mac 2023 bertempat di Pejabat JBALB Bahagian Bintulu.
Taklimat berkenaan dengan status projek tersebut telah disampaikan oleh Encik Tie Tung Ing yang juga Pengurus Wilayah Utara JBALB.
Selepas selesai taklimat projek, YB Timbalan Menteri serta rombongan telah dibawa melawat ke Stesen Pam Penggalak Maskat.
Turut hadir bersama lawatan kerja tersebut adalah YB Kennedy Chukpai Ugon (ADUN N.66 Murum), Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah Teknikal JBALB), Encik Ahmad Selihin Bin Che Said (Timbalan Pengarah Operasi JBALB), Puan Kueh Li Li (Penyelaras Teknikal JBALB), Encik Lai Kien Hong (Jurutera Air Bahagian JBALB Bintulu), Tuan Nyurak Keti (Residen Bahagian Bintulu), ketua-ketua Jabatan, dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.