Selamat Menyambut Hari Guru 2025: Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
Posted on 16 May 2025

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2025
Selamat menyambut hari guru kepada seluruh warga pendidik dan para guru yang gigih membina bangsa.
Sudah semestinya dalam konteks membentuk masa depan anak bangsa, komitmen, peranan dan dukungan para guru adalah terpenting.
Melahirkan anak bangsa yang berjaya adalah dambaan semua, justeru peranan dan sumbangan guru wajib diiktiraf.
Oleh itu, jutaan penghargaan kepada guru-guru, jasa dan pengorbanan kalian dalam mewujudkan generasi penerus yang punya akal dan budi amatlah dihargai.