PENGARAH JBALB MENERIMA PENGANUGERAHAN PINGAT PERINGATAN TERPUJI JUBLI INTAN (GANGSA)
Posted on 27 Nov 2024

PENGARAH JBALB MENERIMA PENGANUGERAHAN PINGAT PERINGATAN TERPUJI JUBLI INTAN (GANGSA)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan di atas Penganugerahan Pingat Peringatan Terpuji Jubli Intan (Gangsa) dalam Majlis Penganugerahan Pingat Peringatan Jubli Intan 2023 bersempena dengan 60 Tahun Sarawak Merdeka.
Majlis ini telah diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pagi tadi (27 November 2024) dan disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak.
Untuk makluman, Pingat Peringatan Terpuji Jubli Intan 2023 dianugerahkan oleh Kerajaan Sarawak kepada mereka yang telah memberi sumbangan dan jasa bakti kepada kemakmuran dan kesejahteran Negeri Sarawak.