Announcement

 

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI

Posted on 02 Jul 2024

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak akan melancarkan secara rasmi Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi pada 3hb Julai 2024 (Rabu) bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Majlis pelancaran ini nanti akan melibatkan kehadiran 3000 orang jemputan dari kalangan penjawat awam, pemimpin masyarakat, para pelajar dan orang awam.

Kempen yang bakal dilancarkan esok oleh YAB Premier Sarawak menandakan pihak Kerajaan melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak amat serius untuk membanteras isu vandalisme yang telah memberi impak dan kesan negatif kepada rakyat.

Justeru, kerjasama daripada orang awam amatlah ditagih bagi membuat laporan kepada pihak PDRM atau agensi yang terlibat sekiranya melihat perlakuan atau aktiviti yang mencurigakan pada kemudahan utiliti dan telekomunikasi.