MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA MESYUARAT KEDUA BAGI PENGGAL KETIGA PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-19
19 Nov 2024 - 19 Nov 2024,
Hilton Hotel Kuching
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA MESYUARAT KEDUA BAGI PENGGAL KETIGA PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-19
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah menganjur satu Majlis Penghargaan sempena Mesyuarat Kedua bagi Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-19 pada 19 November 2024 (Selasa) bertempat di Hotel Hilton Kuching.
Majlis Penghargaan telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan turut hadir bersama dalam majlis penghargaan tersebut.
Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada agensi-agensi di bawah Kementerian yang telah bekerjasama dalam membuat persediaan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang berlangsung dari 11 November hingga 19 November 2024.
Dalam masa yang sama, majlis penghargaan turut disampaikan kepada pemenang boling pasukan JBALB II yang telah memenangi tempat kedua dalam Kejohanan Tenpin Boling Piala Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Nursafiah binti Khalid yang telah dianugerahkan sebagai "Best Bowler (Wanita)" sempena Kejohanan Tenpin Boling Piala Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.