PENGARAH JBALB HADIRI SESI PENGGULUNGAN YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK DALAM PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK (DUN) KE-19
18 Nov 2024 - 18 Nov 2024,
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dewan Undangan Negeri Sarawak
PENGARAH JBALB HADIRI SESI PENGGULUNGAN YB MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK DALAM PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK (DUN) KE-19
Pada pagi tadi (18 November 2024), Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah menghadiri Sesi Penggulungan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) ke-19.
Ucapan Penggulungan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Turut hadir bersama Tuan Pengarah adalah Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), dan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal).