Event

 

PROGRAM KERJASAMA TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DI SK LONG PILLAH, BAHAGIAN MIRI

12 Nov 2024 - 12 Nov 2024, SK Long Pillah, Bahagian Miri
JBALB & LAKU
PROGRAM KERJASAMA TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DI SK LONG PILLAH, BAHAGIAN MIRI

JBALB Sarawak bersama pihak LAKU Management Sdn Bhd telah menganjurkan satu program berkaitan Tanggungjawab Sosial Korporat atau lebih dikenali sebagai 'CSR - Corporate Social Responsibility' di SK Long Pillah, Bahagian Miri pada 12 November 2024 (Selasa).

Dua (2) buah tangki air telah diserahkan kepada Guru Besar SK. Long Pillah sebagai kegunaan harian pihak sekolah terutama sekali kepada para pelajar.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan. 

Pihak JBALB telah diketuai oleh Encik Awang Fardillah Bin Awang Hussin, Ketua Penolong Pengarah (Komunikasi Korporat), manakala pihak LAKU telah diwakili oleh Ir. Ts. Dr. Geoffery Ranggu Anak Thomas, Miri Area Manager.