Event

 

LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE "ACUTE SYSTEM" BAGI KAWASAN MALUDAM / BELADIN, BAHAGIAN BETONG

28 Sep 2024 - 28 Sep 2024, Maludam/Beladin
JBALB Betong
LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE "ACUTE SYSTEM" BAGI KAWASAN MALUDAM / BELADIN, BAHAGIAN BETONG

YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah melakukan lawatan kerja rasmi ke "Acute System" bagi kawasan Maludam/Beladin, Bahagian Betong pada 28 September 2024 (Sabtu).

Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Tay Chiaw Teck (Jurutera Air Bahagian Betong), YB Dr. Richard Rapu (Ahli Parlimen Betong), YB Puan Dayang Norazah Awang Sohor (ADUN Lingga), serta ketua kaum masyarakat di kawasan tersebut.

Tuan Pengarah JBALB serta Jurutera Air Bahagian Betong telah memberi taklimat berkenaan dengan projek tersebut kepada YB Menteri.

Keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi (MUT) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana bagi menambahbaik sistem bekalan air serta menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Pelaksanaan projek pembinaan “Acute System” bernilai sekitar RM25.4 Juta kini dalam fasa akhir dilaksanakan bagi menambahbaik sistem bekalan air sedia ada di kawasan Beladin. Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak ini dijangka siap pada hujung bulan Oktober 2024.

Skop projek ini merangkumi kerja-kerja berikut:

1. "Acute Water System" 4 Juta Liter Sehari MLD untuk Kampung dan kawasan sekitar yang sedia ada.

2. "Acute Water System" yang siap baru ini untuk membekal 5 Juta Liter Sehari MLD air terawat kepada Kampung Beladin.

3. Loji Rawatan Air lama yang "standby" untuk Kampung Maludam yang boleh membekal 2 Juta Liter Sehari MLD.

Projek bekalan air ini berada dalam pemantauan rapi pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) dan JBALB bagi memastikan pelaksanaannya dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan agar penduduk seramai 6,330 orang akan mendapat bekalan air yang lebih baik.