Event

 

PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI SESI DIALOG BELANJAWAN PETRA 2025

29 Aug 2024 - 29 Aug 2024, Leo Moggie Convention Centre, TNB Platinum, Bangsar, Kuala Lumpur
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI SESI DIALOG BELANJAWAN PETRA 2025

Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama delegasi agensi bekalan air Sarawak dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak kini berada di Kuala Lumpur bagi menyertai Sesi Dialog Belanjawan PETRA 2025 bertempat di Leo Moggie Convention Centre, TNB Platinum, Bangsar, Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2024.

Sesi dialog tersebut turut dirasmikan oleh YB Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Sesi dialog ini merupakan satu wadah yang sangat penting bagi pemain industri air untuk berkongsi informasi terkini berkenaan amalan terbaik, teknologi inovatif dalam sektor air dan pendekatan pengurusan serta berkongsi ilmu dengan pemimpin industri dalam pembangunan sistem bekalan air.