Event

 

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JBALB SARAWAK BIL. 2 / 2024

28 Aug 2024 - 28 Aug 2024, Parkcity Everly Hotel Bintulu
JBALB HQ
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JBALB SARAWAK BIL. 2 / 2024

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JBALB Sarawak Bil. 2/2024 yang dipengerusikan oleh Ir. Ts Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB telah diadakan pada pagi tadi 28 Ogos 2024 (Rabu) bertempat di Parkcity Everly Hotel , Bintulu. Mesyuarat ini melibatkan 50 orang ahli (27 wakil daripada ahli pekerja dan 23 wakil daripada pegawai).

Wakil ahli pekerja diketuai oleh Puan Intan Nurhafizah Fazriana bt Hamzani.

MBJ ini merupakan satu wadah dan platform yang sangat signifikan untuk komunikasi dua hala di antara pihak pengurusan dan pekerja bagi mengemukakan pendapat, pandangan, serta menyumbang idea yang bernas dalam membincangkan serta menyelesaikan isu-isu yang dihadapi demi kepentingan dan kebajikan Organisasi Jabatan.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah barisan pengurusan tertinggi Ibu Pejabat JBALB, Jurutera-Jurutera Air Bahagian serta wakil kakitangan dari Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian.