Event

 

PERSIDANGAN JURUTERA-JURUTERA AIR BAHAGIAN JBALB SARAWAK 2024

26 Aug 2024 - 28 Aug 2024, Parkcity Everly Hotel Bintulu
JBALB Bintulu
PERSIDANGAN JURUTERA-JURUTERA AIR BAHAGIAN JBALB SARAWAK 2024

Ibu Pejabat JBALB Sarawak dengan kerjasama JBALB Bahagian Bintulu telah menganjurkan Persidangan Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB Sarawak bertempat di Parkcity Everly Hotel, Bintulu selama 3 hari bermula dari 26 Ogos hingga 28 Ogos 2024. JBALB Bahagian Bintulu telah diamanahkan untuk  menjadi tuan rumah bagi persidangan tahun ini yang juga merupakan edisi kelima. 

Persidangan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan sebagai wadah dan platform untuk para Jurutera Air Bahagian berbincang serta mencari solusi kepada sesuatu isu bagi menambahbaik perkhidmatan bekalan air kepada masyarakat.

Majlis persidangan ini telah dihadiri oleh Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama berisan kepimpinan tertinggi JBALB Sarawak. Resolusi-resolusi yang dimuktamadkan telah diserahkan pada beliau untuk dipertimbangkan dan diambil tindakan.

Bagi persidangan kali ini, pihak Jabatan telah bersetuju untuk memilih tema ‘Together We Are Stronger’. Satu konotasi tema yang  amat  tepat  sekali  dengan  situasi  dan keadaan  semasa  yang  melanda kita kini.

Tema ini adalah amat bertepatan dengan amanat Tuan Pengarah yang baharu sahaja dilantik pada awal tahun 2024 di mana beliau memerlukan kerjasama daripada satu pasukan JBALB dalam mencapai visi dan misi jabatan.

Persidangan ini menjadi platform kepada perbincangan dua hala di antara pihak pengurusan tertinggi JBALB Sarawak bersama dengan Jurutera-jurutera Air Bahagian.

Setinggi tahniah kepada penganjur utama JBALB Bahagian Bintulu yang diketuai oleh Encik Lai Kien Hong dan Cawangan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JBALB di atas kejayaan menganjurkan persidangan pada tahun ini.