Event

 

AGENSI BAPA ANGKAT JBALB SARAWAK MENYERTAI PERARAKAN KONTINJEN ANAK ANGKAT PULAU PINANG BERSEMPENA MAJLIS PERASMIAN SUKMA SARAWAK 2024 

17 Aug 2024 - 17 Aug 2024, Stadium Sarawak, Kuching
SUKMA SARAWAK XXI
AGENSI BAPA ANGKAT JBALB SARAWAK MENYERTAI PERARAKAN KONTINJEN ANAK ANGKAT PULAU PINANG BERSEMPENA MAJLIS PERASMIAN SUKMA SARAWAK 2024 

Majlis Perasmian SUKMA 2024 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah diadakan pada 17 Ogos 2024 bertempat di Stadium Sarawak, Kuching.

JBALB Sarawak sebagai Agensi Bapa Angkat turut menyertai dan memeriahkan Perarakan masuk Kontinjen Anak Angkat Negeri Pulau Pinang.

YB Encik Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang merangkap Chef-De-Mission Kontinjen Pulau Pinang dan Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang turut mengetuai perarakan pada majlis tersebut. 

Turut hadir bersama dalam memeriahkan perarakan tersebut adalah Ts. Ahmad Selihin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi) dan Ir. Ts. Kueh Li Li, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknikal) selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Agensi Bapa Angkat SUKMA XXI Sarawak serta wakil peserta perarakan agensi Bapa Angkat dan Anak Angkat kontinjen.