Event

 

PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI IWA WORLD WATER CONGRESS & EXHIBITION 2024 

11 Aug 2024 - 16 Aug 2024, Toronto, Ontario, Canada
International Water Association
PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI IWA WORLD WATER CONGRESS & EXHIBITION 2024 

Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama delegasi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang diketuai oleh YB Dato' Sri Julaihi bin Haji Narawi kini berada di Toronto, Canada bagi menyertai Persidangan 'IWA World Water Congress & Exhibition 2024' 

Turut bersama dalam delegasi tersebut adalah YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti). 

Persidangan ini merupakan satu wadah yang sangat penting bagi pemain industri air untuk berkongsi informasi terkini berkenaan amalan terbaik, teknologi inovatif dalam sektor air dan pendekatan pengurusan serta berkongsi ilmu dengan pemimpin industri dalam pembangunan sistem bekalan air.