Event

 

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KONTINJEN PARA PULAU PINANG KE AGENSI ANGKAT SUKAN PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024

07 Aug 2024 - 07 Aug 2024, JBALB HQ
JBALB SUKMA
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KONTINJEN PARA PULAU PINANG KE AGENSI ANGKAT SUKAN PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah melakukan kunjung hormat dan lawatan kerja ke Agensi Angkat (JBALB) Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 pada pagi tadi 7 Ogos 2024. 

Ketibaan rombongan telah disambut oleh Tuan Ir. Ts. Awg Mohamad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak selaku Bapa Angkat Kontinjen Pulau Pinang.

Turut hadir bersama Pengarah JBALB adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Induk Bapa Angkat Pulau Pinang.

Tujuan kunjungan hormat diadakan adalah untuk membincangkan pelan persediaan dan penyelerasan program bersempena dengan Para Sukma XXI Sarawak 2024 yang akan diadakan pada bulan September 2024.

Seusai kunjungan hormat dan lawatan kerja, rombongan delegasi kontinjen Para Pulau Pinang turut berkesempatan membuat lawatan ke Bilik Gerakan Agensi Angkat Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Ibu Pejabat JBALB. Tujuan lawatan adalah untuk mengambil maklum mengenai segala aspek persiapan teknikal yang sedang dilaksana oleh pihak sekretariat dan Agensi Angkat Sukma XXI Sarawak 2024