Event

 

JBALB JUARAI MINI KONVENSYEN 'INNOVATIVE CREATIVE CIRCLE' (ICC) PERINGKAT KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK 2024

02 Aug 2024 - 02 Aug 2024, Pullman Hotel Kuching
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
JBALB JUARAI MINI KONVENSYEN 'INNOVATIVE CREATIVE CIRCLE' (ICC) PERINGKAT KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK 2024

Mini Konvensyen "Innovative Creative Circle (ICC)" Peringkat Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak sekali lagi dianjurkan pada 2 Ogos 2024 bertempat di Pullman Hotel Kuching.

Kumpulan 'Aquality' yang mewakili JBALB Sarawak telah diumumkan sebagai Juara pada mini konvensyen tersebut dengan tajuk projek adalah 'Proses Pengebilan Air yang Kurang Cekap'.
Kumpulan 'Triple S' juga daripada JBALB Sarawak turut diumumkan sebagai naib juara.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Tahniah juga kepada dua lagi pasukan yang mewakili JBALB yang turut menampilkan persembahan yang baik pada mini konvensyen tersebut.

Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JBALB Sarawak turut hadir bagi menyuntik semangat kepada kumpulan-kumpulan JBALB.

#innovativecreativecircle
#Aquality
#TripleS