Event

 

PAMERAN JBALB BERSEMPENA DENGAN SARAWAK GOVERNMENT DIGITAL WEEK 2024

02 Aug 2024 - 04 Aug 2024, Plaza Merdeka Kuching
Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak SCSDU
PAMERAN JBALB BERSEMPENA DENGAN SARAWAK GOVERNMENT DIGITAL WEEK 2024

JBALB Sarawak anjuran Cawangan Transformasi Digital bersama Cawangan Komunikasi Korporat telah dijemput untuk menyertai pameran digital bersempena dengan Sarawak Government Digital Week 2024 anjuran Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU) selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Ogos 2024 bertempat di Plaza Merdeka Kuching.

Tujuan pameran ini diadakan adalah salah satu inisiatif kerajaan Sarawak sejajar dengan visi 'Post-Covid Development Strategy' (PCDS) 2030 dalam memperkasakan pembudayaan digital dan kaedah untuk memperluaskan perkhidmatan digital kerajaan Sarawak kepada rakyat Sarawak, terutamanya sekali pendaftaran pengguna dalam Sarawak ID.

Terima kasih diucapkan kepada pihak urusetia SCSDU atas anjuran dan jemputan kepada kami pihak jabatan untuk menyertai pameran tersebut.

#sarawakgovernmentdigitalweek2024 #scsdu #connectwithconvenience