Event

 

TAKLIMAT PROSEDUR PEMASANGAN METER AIR JBALB DAN JELAJAH KEMPEN #JOMJIMATAIR BERSAMA KOMUNITI DAERAH LAWAS, BAHAGIAN LIMBANG

30 Jul 2024 - 30 Jul 2024, Dewan Serbaguna Ulu Merapok
JBALB Lawas
TAKLIMAT PROSEDUR PEMASANGAN METER AIR JBALB DAN JELAJAH KEMPEN #JOMJIMATAIR BERSAMA KOMUNITI DAERAH LAWAS, BAHAGIAN LIMBANG

Taklimat Prosedur Pemasangan Meter Air JBALB anjuran JBALB Bahagian Limbang telah diadakan pada pagi tadi 30 Julai 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Ulu Merapok. 

Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk di setiap kampung dalam mengenali prosedur permohonan pemasangan meter bagi kawasan liputan JBALB di bawah Projek Rakyat Kawasan Ulu Merapok. 

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Encik Frezzal bin Faisal, Jurutera Air Bahagian Limbang.

Seterusnya, Program Jelajah Kempen #JomJimatAir JBALB Sarawak turut diadakan dalam memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti masyarakat di kawasan tersebut.
Sesi taklimat dan penerangan berkenaan kempen ini telah disampaikan oleh Encik Awang Fardillah Awang Hussin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Komunikasi Korporat.