Event

 

SESI 'WALKABOUT' MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK PAKEJ 3D DI JAMBATAN BATANG SADONG, BAHAGIAN SAMARAHAN

27 Jul 2024 - 27 Jul 2024, Jambatan Batang Sadong
JBALB Samarahan, MUT
SESI 'WALKABOUT' MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK PAKEJ 3D DI JAMBATAN BATANG SADONG, BAHAGIAN SAMARAHAN

Pada petang tadi 27 Julai 2024, YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak) telah melakukan sesi 'walkabout' ke Projek Pakej 3D di Jambatan Batang Sadong, Bahagian Samarahan. Ketibaan YB Menteri disambut oleh Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak.

Projek tersebut merangkumi pemasangan paip utama di Jambatan Batang Sadong. Taklimat berkenaan projek telah disampaikan oleh Encik Adzahari Baini, Jurutera Air Bahagian Samarahan.

Turut hadir bersama dalam sesi walkabout tersebut adalah YB Datuk Mohammad Razi bin Sitam (Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak), wakil pejabat residen, pejabat daerah serta wakil pihak kementerian.