Event

 

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI 2024

03 Jul 2024 - 03 Jul 2024, Borneo Convention Centre Kuching
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENCEGAHAN VANDALISME TERHADAP KEMUDAHAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI 2024

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama agensi-agensi di bawahnya telah menganjur Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 pada 3 Julai 2024 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Majlis Pelancaran telah disempurnakan secara rasmi pada sesi sebelah petang oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Majlis ini turut dihadiri seramai 3,220 orang hadir yang terdiri daripada warga kerja daripada kementerian, agensi dan institusi serta pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta sekolah-sekolah menengah di Kuching.

Tujuan sesi taklimat dan majlis diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada orang ramai tentang jenayah vandalisme terhadap aset utiliti dan telekomunikasi di Sarawak dan pada masa yang sama menghargai kepentingan dalam menjaga kemudahan utiliti untuk kegunaan harian. Tambahan pula, taklimat kesedaran tersebut dapat memupuk sikap disiplin kepada warga muda dan remaja dalam menjaga kemudahan utiliti.