Kitak tauk sik?
Pihak JBALB mendepani satu cabaran yang amat besar dalam pelaksanaan pelbagai projek bekalan air iaitu isu vandalism – satu isu yang sekiranya tidak ditangani dengan serius akan memberi kesan domino kepada masyarakat dan orang awam.
Vandalisme yang membawa maksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau milik persendirian bukan sahaja memberi impak negatif kepada sistem pengoperasian JBALB, malah ia akan menatijahkan dampak buruk juga kepada masyarakat dan orang awam.
Justeru, sebarang perbuatan menconteng, menampal atau merosakkan fungsi sesuatu harta benda awam tanpa keizinan adalah dianggap salah laku dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 426, Kanun Keseksaan (Akta 574).