picture

Event

 

Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Bekalan Air Daerah Kecil Spaoh

19 Mar 2023 - 19 Mar 2023, Loji Rawatan Air Spaoh, Stesen Pam Penggalak Simpang Bungin
JBALB Betong
Lawatan Kerja YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Projek Bekalan Air Daerah Kecil Spaoh, Bahagian Betong yang telah diadakan pada 19 Mac 2023 (Ahad).
Taklimat berkenaan dengan projek sistem bekalan air tersebut telah disampaikan oleh Encik Tay Chiaw Teck yang juga Jurutera Air Bahagian JBALB Betong.
Selepas selesai sesi taklimat, agenda lawatan kerja diteruskan ke Loji Rawatan Air Spaoh yang baru beroperasi dan mampu meningkatkan pengeluaran air terawat berkapasiti 5 MLD Lima Juta Liter Air Sehari dan Stesen Pam Penggalak Simpang Bungin.
Turut hadir bersama sesi lawatan kerja tersebut adalah YB Datuk Liwan Lagang (Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Elektrik)), YB Dato Gerald Rentap Jabu, (ADUN N36 Layar), YB Razi Sitam (ADUN N30 Saribas), YB Dr. Richard Rapu (Ahli Parlimen P204 Betong), Encik Jafri Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), Ir Chang Kuet Shian (Pengarah JBALB), Puan Kueh Li Li (Penyelaras Teknikal JBALB), Encik Richard Abu Nawas (Residen Betong), ketua-ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.