KOMITMEN BERTERUSAN JBALB SARAWAK DALAM MENAMBAHBAIK PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DI DAERAH LAWAS - 23 Jul 2025
KOMITMEN BERTERUSAN JBALB SARAWAK DALAM MENAMBAHBAIK PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DI DAERAH LAWAS

Pada pagi tadi, 23 Julai 2025 (Rabu), Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah mengadakan sesi libat urus bersama warga kerja JBALB Bahagian Limbang serta melakukan kerja ke Loji Rawatan Air Trusan, Loji Rawatan Air Gelugus dan Muka Sauk Air Mentah Sg. Gaya.

Kunjungan ini penting bagi Tuan Pengarah bersama delegasi dari Ibu Pejabat bagi meninjau serta melihat sendiri pengoperasian bekalan air di loji-loji berkenaan agar penambahbaikan dapat ditingkatkan.

Selain itu, tuan pengarah juga turut memberi nasihat kepada warga kerja JBALB Limbang untuk bekerja secara berpasukan serta bertindak pantas dalam menyelesaikan segala aduan daripada para pengguna.

Turut hadir bersama Pengarah adalah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), Encik Ir. Ts. Bernard Wong Shuen Yuan (Ketua Penolong Pengarah - Mekanikal & Elektrikal), Encik Frezzal bin Faisal (Jurutera Air Bahagian JBALB Limbang) , serta warga kakitangan di loji rawatan air dan pejabat JBALB tersebut.
PELAKSANAAN PROJEK BEKALAN AIR MIRI FASA 2 ADALAH MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN - 22 Jul 2025
PELAKSANAAN PROJEK BEKALAN AIR MIRI FASA 2 ADALAH MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN

Pada pagi ini tadi, 22 Julai 2025 (Selasa), Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah melakukan lawatan kerja ke Projek Bekalan Air Miri Fasa 2 bertempat di Sg.Buri, Bakong.

Projek pemindahan air mentah ini merupakan projek berimpak tinggi yang akan memberi manfaat besar kepada penduduk di Bahagian Miri apabila ia beroperasi sepenuhnya nanti.

Beliau telah diberikan taklimat menyeluruh berkenaan projek berkenaan daripada wakil konsultan.

Turut bersama dalam lawatan kerja ini adalah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), Ir. Ts. Gs. Dr. Geoffrey Ranggu (Pengurus Kawasan Sarawak Water Sdn Bhd), dan Encik Ts. Lau Jing Teck (Jurutera Air Bahagian JBALB Miri)

Rakan JBALB Miri Division
Sarawak Water Sdn Bhd
HARI SARAWAK DISAMBUT PENUH GILANG GEMILANG - 22 Jul 2025
HARI SARAWAK DISAMBUT PENUH GILANG GEMILANG

Sambutan Hari Sarawak 2025 yang diadakan di Stadium Tertutup Bandaraya Miri telah disambut dengan penuh gilang gemilang.

Acara sambutan yang penuh warna warni ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar.

Turut hadir adalah YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Haji Fadillah Haji Yusof, serta barisan kepimpinan Negeri dan Persekutuan.

Yang Berusaha Pengarah JBALB Sarawak selaku tetamu jemputan juga tidak ketinggalan untuk turut hadir dan merasai kemeriahan sambutan Hari Sarawak tersebut.

Semoga Negeri Sarawak tercinta akan terus maju dan makmur.
Rakan JBALB Miri Division
PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI SESI TOWNHALL BERSAMA YAB PREMIER SARAWAK - 22 Jul 2025
PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI SESI TOWNHALL BERSAMA YAB PREMIER SARAWAK

Bersempena sambutan Hari Sarawak Tahun 2025 pada hari ini, 22 Julai 2025 (Selasa), satu Sesi Townhall Bersama YAB Premier Sarawak telah diadakan di Hotel Imperial, Miri.

Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak turut sama hadir dalam sesi yang begitu menginspirasikan ini.
YAB Premier Sarawak telah berkongsi kepada tetamu yang hadir visi dan misi beliau untuk terus tekad membangunkan Sarawak dengan pendekatan terkini.
MAJLIS SERAH TAPAK PROJEK SISTEM PAIP GRAVITI GKCDA DUN N1 OPAR BAHAGIAN KUCHING - 19 Jul 2025
KERAJAAN SARAWAK KOMITED UNTUK MENAMBAHBAIK SISTEM BEKALAN AIR DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N1 OPAR

Pagi ini tadi, 19 Julai 2025 (Sabtu), telah diadakan satu Majlis Serah Tapak Projek Paip Graviti bagi kawasan DUN N.1 Opar oleh YB Encik Billy Sujang, ADUN N.1 Opar bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Kendaie, Daerah Lundu.

Turut hadir bersama dalam memeriahkan majlis tersebut adalah Encik Awang Yusup Bin Awang Mostapha, Pegawai Daerah Lundu dan Encik Ir. Ts. Awang Muhamad Ayahtullah Awang Najeri, Jurutera Air Bahagian Kuching.

Kerajaan Sarawak melalui Program Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) dan JBALB Sarawak sebagai agensi pelaksana sentiasa komited  untuk memastikan pembangunan infrastruktur dan liputan bekalan air di kawasan DUN N.1 Opar  diperluaskan sekaligus menjamin sistem bekalan air yang mampan sejajar dengan permintaan bekalan air yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.  

Komitmen tinggi ini dizahirkan melalui pelaksanaan beberapa projek bekalan air iaitu:  
1. Projek Menaik Taraf Sistem Paip Graviti di Kampung Pasir tengah
2. Projek Pembinaan Baru Sistem Paip Graviti di Kampung Kendaie, Bukit Batu dan Pasir Hilir 
3. Projek Pembinaan Baru Sistem Paip Graviti di kawasan Ranto Panjang, Kampung Pasir Ulu
4.  Projek Menaik Taraf Sistem Graviti di Kampung Sedaing

Skop projek-projek ini melibatkan pembinaan baharu dan menaik taraf empangan mini, pemasangan tangki simpanan air mentah tangki aras tinggi, pemasangan saluran paip baharu, serta kerja-kerja berkaitan.

Bagi menjamin sistem bekalan air yang mampan, berkualiti dan berterusan di kawasan DUN N.1 Opar, JBALB Sarawak akan mengembleng tenaga  dengan semua pihak untuk memastikan projek – projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan sekaligus mencapai liputan penuh bekalan air di kawasan berkenaan menjelang tahun 2028.
JBALB SARAWAK DAN UNIVERSITI CURTIN MIRI TEROKA PELUANG KOLABORASI - 17 Jul 2025
JBALB SARAWAK DAN UNIVERSITI CURTIN MIRI TEROKA PELUANG KOLABORASI

Satu sesi libat urus dan perjumpaan telah diadakan di antara pihak JBALB Sarawak dan Universiti Curtin bertempat di Pejabat JBALB Bahagian Miri pada pagi tadi, 17 Julai 2025 (Khamis)

Sesi ini telah dipengeruikan oleh Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal) yang mewakili Pengarah JBALB Sarawak, yang turut dihadiri oleh Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Ketua Penolong Pengarah - Perancangan Korporat), Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat), Encik Lau Jing Teck (Jurutera Air Bahagian JBALB Miri), serta pegawai dan kakitangan daripada JBALB Bahagian Miri.

Manakala pihak Universiti Curtin diwakili oleh Assoc. Prof. Ir. Dr. Lim Chye Ing, Associate Dean, External Engagement, Faculty of Engineering and Science serta pegawai-pegawainya. 

Antara intipati dalam perjumpaan tersebut adalah berkenaan keterlibatan JBALB Sarawak dalam Program 'Miri Water Forum' yang akan diadakan pada 23 Ogos 2025 nanti. Selain itu, perbincangan juga menjurus kepada potensi kerjasama yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam bidang penyelidikan, pendidikan serta program kemasyarakatan.
LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK BEKALAN AIR SEMATAN, BAHAGIAN KUCHING - 10 Jul 2025
LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE PROJEK BEKALAN AIR SEMATAN, BAHAGIAN KUCHING

Pada pagi tadi, 10 Julai 2025 (Khamis), YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke Projek Bekalan Air Sematan, Bahagian Kuching bertempat di Loji Rawatan Air Sematan.

Beliau turut diiringi oleh Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan (Pengarah JBALB Sarawak) dan Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi).

Turut hadir bersama YB Menteri dalam lawatan tersebut adalah YBrs. Datu Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), YB Encik Azizul Annuar bin Adenan (ADUN N3 Tanjung Datu), YB Encik Billy Sujang (ADUN N1 Opar), Pegawai Daerah Lundu, Encik Anwar Fakhriyuddin Bin Matamit
(wakil Pegawai Pejabat Residen Kuching)

Sesi taklimat berkenaan status Projek Bekalan Air Sematan telah disampaikan oleh Encik Ir. Ts. Awang Muhamad Ayahtullah Awang Najeri, selaku Jurutera Air Bahagian JBALB Kuching.

Pelaksanaan projek ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi (MUT) Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah diamanahkan sebagai agensi pelaksana dalam usaha untuk memastikan pembangunan infrastruktur dan liputan bekalan air di Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan diperluaskan sekaligus menjamin sistem bekalan air yang mampan sejajar dengan permintaan bekalan air yang semakin meningkat di kawasan-kawasan berkenaan.

Pelaksanaan projek bekalan air bernilai sekitar RM472 Juta yang merangkumi:

1.Projek Rakyat: 6 projek bernilai sekitar RM25 Juta telah siap dilaksanakan;
2.Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12): 2 projek bernilai sekitar RM280 telah ditender dan pelaksanaan dijangka pada bulan September 2025;
3.Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW): 1 projek bernilai sekitar RM129 Juta kini dalam peringkat penyediaan tender;
4.Rural Transformation Projects- RTP (2016-2025): 26 projek telah siap dilaksanakan, 1 projek dalam peringkat pelaksanaan dan 7 projek dalam peringkat perancangan bernilai RM9 Juta;
5.Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA): 2 projek telah siap dilaksanakan, 7 projek dalam peringkat pelaksanaan dan 21 projek dalam peringkat perancangan bernilai RM29 Juta

Skop projek-projek ini melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu, pembinaan tangki aras tinggi, pembinaan stesen pam penggalak, pembinaan muka sauk, penggantian saluran paip lama dan uzur, pemasangan saluran paip baharu, serta kerja-kerja berkaitan.

JBALB Sarawak akan mengembleng tenaga dengan semua pihak untuk memastikan projek – projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan sekaligus mencapai liputan penuh dan menjamin bekalan air yang mampan, berkualiti dan berterusan di Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan menjelang tahun 2028.

 
PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI PERJUMPAAN JAWATANKUASA SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA (SBAM) 2025 SARAWAK BERSAMA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK - 09 Jul 2025
PENGARAH JBALB SARAWAK HADIRI PERJUMPAAN JAWATANKUASA SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA (SBAM) 2025 SARAWAK BERSAMA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK

Pada pagi tadi, 9 Julai 2025 (Rabu), Tuan Pengarah JBALB Sarawak Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah menghadiri Perjumpaan Jawatankuasa Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) 2025 Sarawak bertempat di Pejabat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Perjumpaan ini turut dipengerusikan oleh YBrs. Datu Jafri bin Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa dari kementerian serta agensi utiliti dan telekomunikasi Sarawak.

SBAM 2025 edisi kali ini akan berlangsung di Negeri Selangor selaku tuan rumah bermula pada 20 Ogos sehingga 25 Ogos 2025 nanti
BENGKEL PEMURNIAN MAKLUMAT BEKALAN AIR JBALB SARAWAK SIRI 2 2025 - 08 Jul 2025
BENGKEL PEMURNIAN MAKLUMAT BEKALAN AIR JBALB SARAWAK SIRI 2 2025

Cawangan Aset Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah menganjur satu bengkel berkenaan Pemurnian Maklumat Bekalan Air JBALB Sarawak Siri 2/2025 selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Julai 2025 bertempat di Hilton Hotel, Kuching.

Bengkel tersebut turut dihadiri oleh warga kakitangan daripada Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian. 

Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi) turut berkesempatan untuk hadir bersama dalam bengkel pada pagi tadi.

Bengkel pemurnian ini adalah amat penting bagi memberi pendedahan kepada warga kerja JBALB dalam membuat semakan dan pengesahan maklumat bekalan air yang telah dikemukakan oleh pejabat JBALB Bahagian. Seterusnya, mendapatkan maklumat bekalan air terkini setakat Jun 2025, dan memastikan maklumat bekalan air yang dikemukakan adalah seragam dan tiada pertindihan.
FirstPrevious11121314151617181920NextLast