TAKLIMAT DAN LAWATAN PEMANTAUAN BERSAMA PENASIHAT DI PEJABAT PREMIER SARAWAK (PEMANTAUAN PROJEK & PROGRAM LUAR BANDAR) KE TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN BAHAGIAN SRI AMAN - 24 Jun 2025
TAKLIMAT DAN LAWATAN PEMANTAUAN BERSAMA PENASIHAT DI PEJABAT PREMIER SARAWAK (PEMANTAUAN PROJEK & PROGRAM LUAR BANDAR) KE TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN BAHAGIAN SRI AMAN
Pada pagi tadi (24 Jun 2025 - Selasa), YBhg. Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar) telah menghadiri taklimat dan lawatan pemantauan ke beberapa projek-projek pembangunan di Bahagian Sri Aman.
Beliau turut diiringi oleh Encik Ir. Lau Chong Choon selaku Ketua Penolong Pengarah (Pelaksanaan dan Pemantauan) JBALB Sarawak dan Encik Amirul Abidurrahman Jauzi Bin Suhaili yang juga Jurutera Air Bahagian JBALB Sri Aman.
Dalam sesi lawatan tersebut, YBhg, Dato Sri telah diberi taklimat berkenaan status kemajuan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Lubok Antu Fasa II yang setakat ini menunjukkan prestasi yang baik dan mengikut jadual.
SESI LIBAT URUS JBALB SARAWAK BERSAMA PENGARAH UNIT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA - 20 Jun 2025
SESI LIBAT URUS JBALB SARAWAK BERSAMA PENGARAH UNIT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Pada pagi tadi (20 Jun 2025 - Jumaat), Tuan Pengarah JBALB , Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama Timbalan-Timbalan Pengarah, pengurusan tertinggi Ibu Pejabat JBALB, dan Jurutera-Jurutera Air Bahagian Kuching, Samarahan, Serian menghadiri satu Sesi Libat Urus bersama Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Puan Sharifah Rohana binti Datu Wan Alwi, Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.
Sesi libat urus ini diadakan bagi Tuan Pengarah JBALB untuk mengemaskini data terkini berkenaan isu-isu perjawatan dan perkara-perkara berkaitan sumber manusia.
Perbincangan hari ini telah menghasilkan sesuatu yang positif kepada JBALB Sarawak dalam kita menambahbaik perkhidmatan kepada rakyat Sarawak.
PROGRAM CERAMAH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DI TEMPAT KERJA JBALB SARAWAK - 19 Jun 2025
PROGRAM CERAMAH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DI TEMPAT KERJA JBALB SARAWAK
Pada pagi tadi (19 Jun 2025 - Khamis), Cawangan Integriti telah menganjurkan satu program ceramah berkenaan Penyalahgunaan Bahan Terlarang di Tempat Kerja bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching. Program ini turut dihadiri oleh seramai 50 peserta yang terdiri daripada kakitangan Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian-Bahagian.
Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan turut berkesempatan untuk hadir bersama dalam program ceramah tersebut.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan kesan dan punca penyalahgunaan bahan terlarang kepada pekerja di tempat kerja.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah-penceramah yang terdiri daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
PROGRAM SISTEM BEKALAN AIR ALTERNATIF SARAWAK (SAWAS) 'FILTRATION TECHNOLOGY: INNOVATIVE SOLUTIONS FOR SUSTAINABLE RURAL WATER SUPPLY' - 19 Jun 2025
PROGRAM SISTEM BEKALAN AIR ALTERNATIF SARAWAK (SAWAS) 'FILTRATION TECHNOLOGY: INNOVATIVE SOLUTIONS FOR SUSTAINABLE RURAL WATER SUPPLY'
Cawangan Bekalan Air Luar Bandar telah menganjur satu program berkenaan Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) 'Filtration Technology - Innovative Solutions for Sustainable Rural Water Supply' pada pagi tadi 19 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan bersama barisan pengurusan tertinggi dari Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian-Bahagian, serta delegasi-delegasi daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu , Sarawak Water Sdn Bhd, Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak.
Sesi ini bertujuan untuk perkongsian mengenai teknologi penapisan air yang bersesuaian untuk kawasan luar bandar, selaras dengan matlamat JBALB di bawah 'Post-Covid Development Strategy (PCDS 2030') ke arah liputan bekalan air penuh di Sarawak.
Di samping itu, objektif kursus ini diadakan adalah untuk mengenal pasti sistem penapisan air berkesan yang boleh dipertimbangkan untuk pelaksanaan di kawasan luar bandar; perkongsian mengenai teknologi penapisan air yang bersesuaian bagi komuniti luar bandar dan kawasan pedalaman di Sarawak; dan menggalakkan pertukaran ilmu dan pandangan antara pihak industri, agensi kerajaan & institusi akademik
Ahli panel-panel sepanjang program tersebut yang dihadiri oleh Dr. Rosmina Ahmad Bustami (UNIMAS), Assoc. Prof. Ts. Gs Ir. Dr Kuok King Kuok (Swinburne University of Technology Sarawak Campus), Ir. Dr. Tan Yee Yong (Curtin University Malaysia), Dr. Peter Yek Nai Yuh (University of Technology Sarawak), Dr. Awang Nasrizal bin Awg Ali (UiTM Sarawak), Puan Mimi Malisa binti Dolhan (Politeknik Kuching), dan Encik James Bong Hin Lee (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak).
BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENYELARASAN 'BRANCH OPERATION MANUAL' DAN 'DIVISIONAL OPERATION MANUAL' JBALB SARAWAK 2025 - 11 Jun 2025
BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENYELARASAN 'BRANCH OPERATION MANUAL' DAN 'DIVISIONAL OPERATION MANUAL' JBALB SARAWAK 2025
Cawangan Pengurusan Kualiti telah menganjurkan satu Bengkel Pemantapan dan Penyelarasan 'Branch Operation Manual' dan 'Divisional Operation Manual' JBALB Sarawak tahun 2025 yang diadakan selama 3 hari bermula 10 hingga 12 Jun 2025 bertempat di Mega Hotel, Miri.
Bengkel pemantapan dan penyelarasan ini adalah amat penting untuk menilai serta menambah baik pelan sedia ada agar selari dengan perkembangan hala tuju dalam mencapai visi dan misi JBALB Sarawak.
Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), Encik Ir. Ts. Tie Tung Ing (Pengurus Kualiti), serta kakitangan daripada Ibu Pejabat JBALB dan JBALB Bahagian.
PROGRAM QURBAN JBALB SARAWAK 1446H - 09 Jun 2025
Pada pagi ini tadi (9 Jun 2025 - Isnin), telah diadakan Program Qurban JBALB Sarawak bagi tahun 1446H bertempat di Stesen Pam Penggalak Samariang.
Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini melibatkan seramai 60 orang warga kerja Ibu Pejabat, Kuching dan Samarahan.
Sesi pengagihan daging Qurban kepada penerima sumbangan dari kawasan Kampung Bedaun dan Rampangi telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ir.Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak.
Turut hadir adalah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ts. Zait Aima Yuinzy bin Yaacob (Ketua Penolong Pengarah - Aset), Encik Ir. Ts. Awang Muhamad Ayahtullah Awang Najeri (Jurutera Air Bahagian JBALB Kuching), Encik Ts. Adzahari bin Baini (Jurutera Air Bahagian JBALB Samarahan).
Program Qurban ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh pihak JBALB Sarawak.
BARISAN PENGURUSAN TERTINGGI JBALB HADIRI SESI PENGGULUNGAN KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK PADA PERSIDANGAN DUN SARAWAK KE-19 - 26 May 2025
BARISAN PENGURUSAN TERTINGGI JBALB HADIRI SESI PENGGULUNGAN KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK PADA PERSIDANGAN DUN SARAWAK KE-19
Pada pagi tadi (26 Mei 2025 - Isnin), barisan pengurusan tertinggi JBALB Sarawak yang diketuai oleh Tuan Pengarah JBALB, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah menghadiri Sesi Penggulungan bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) ke-19.
Ucapan Penggulungan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Persidangan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-19 telah berlangsung selama lapan hari bermula dari 19 Mei 2025 dan akan berakhir pada 28 Mei 2025.
SESI LIBAT URUS JBALB BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT DAERAH MARUDI, BAHAGIAN MIRI - 22 May 2025
SESI LIBAT URUS JBALB BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT DAERAH MARUDI, BAHAGIAN MIRI
Pada petang tadi, 22 Mei 2025 (Khamis) satu sesi libat urus telah diadakan bersama Pemimpin Masyarakat di Daerah Marudi yang diketuai oleh Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi) yang turut mewakili Pengarah JBALB Sarawak.
Sepanjang sesi libat urus tersebut, beliau telah menjelaskan beberapa perkara penting berkenaan isu bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan.
Turut hadir bersama adalah Encik Reagen Edwin (Pegawai Daerah daripada Pejabat Daerah Marudi), Encik Lau Jing Teck (Jurutera Air Bahagian JBALB Miri), dan Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat), serta ketua kaum/pemimpin masyarakat di kawasan tersebut.
Sesi libat urus ini merupakan satu inisiatif yang amat baik bagi kedua-dua belah pihak mendapat gambaran sebenar keadaan yang berlaku serta tindakan yang diambil oleh pihak JBALB.
JBALB Sarawak sentiasa komited untuk memastikan rakyat Sarawak menikmati bekalan air bersih dan selamat sekaligus menyelesaikan segala kemelut dan isu bekalan air terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.
LAWATAN RASMI YAB PREMIER SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR BAYONG, BAHAGIAN SARIKEI - 14 May 2025
LAWATAN RASMI YAB PREMIER SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR BAYONG, BAHAGIAN SARIKEI
Pihak JBALB Sarawak berbesar hati menerima kunjungan lawatan rasmi YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak ke Loji Rawatan Air Bayong, Bahagian Sarikei pada petang tadi, 14 Mei 2025 (Rabu).
Ketibaan beliau disambut oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), dan Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan.
Turut hadir bersama YAB Premier Sarawak adalah YB Dato Sri Huang Tiong Sii (Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia dan Ahli Parlimen Sarikei), YB Datuk Haji Len Talif Salleh (Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar dan ADUN N41 Kuala Rajang), YB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (Setiausaha Kerajaan Sarawak), YB Dato Ding Kuong Hiing (ADUN N46 Meradong), YB Tuan Haji Safiee bin Haji Ahmad (ADUN N.43 Daro), YBhg. Datu Jafri bin Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), serta dif-dif kehormat yang hadir dalam lawatan rasmi.
Lawatan ini bertujuan bagi meninjau perkembangan terkini berkenaan status projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2B yang telah siap dilaksanakan. Taklimat ringkas mengenai projek tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JBALB kepada YAB Premier dan seterusnya meninjau di sekitar kawasan loji tersebut.
Pelaksanaan projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2 yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak adalah antara projek yang berimpak tinggi dengan berkapasiti daripada tujuh puluh (70) Juta Liter Sehari (JLH) kepada seratus (100) Juta Liter Sehari (JLH) dengan nilai projek sebanyak RM68.4 Juta akan memberi manfaat dalam memperkukuh sistem bekalan air di Sarikei dan kawasan sekitarnya.