Video

 

PROJEK BEKALAN AIR DI BAHAGIAN SAMARAHAN - ASAJAYA

 
Kitak Tauk Sik?

Bagi menyelesaikan isu bekalan air di kawasan Asajaya, Bahagian Samarahan, JBALB Sarawak telah berjaya melaksanakan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) pada bulan April 2023.

Projek ini meliputi:
1. Pembinaan Stesen Pam Penggalak di Tambirat berkapasiti 46 Juta Liter Sehari, Stesen Pam Penggalak Asajaya berkapasiti 36 Juta Liter Sehari, dan Stesen Pam Penggalak Sungai Buloh berkapasiti 22 Juta Liter Sehari
2. Pembinaan Tangki Aras Tinggi di kawasan Tambirat berkapasiti 3 Juta Liter, Moyan berkapasiti 1.4 Juta Liter , Asajaya berkapasiti 3 Juta Liter Sehari, Semera berkapasiti 3 Juta Liter Sehari, Sadong Jaya berkapasiti 1.9 Juta Liter Sehari, dan Sungai Buloh berkapasiti 2.5 Juta Liter Sehari
3. Pemasangan saluran paip baharu sepanjang 42km di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya.

Menambah baik penyimpanan air dari 2.5 Juta Liter Sehari ke 20.3 Juta Liter Sehari untuk penduduk sebanyak 40,000 di kawasan Tambirat, Asajaya, Sadong Jaya dan kawasan-kawasan berdekatan.