LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI BELIA, SUKAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SARAWAK KE PROJEK MENAIKTARAF LOJI RAWATAN AIR LUBAU, BAHAGIAN BETONG - 15 Jan 2025
LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI BELIA, SUKAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SARAWAK KE PROJEK MENAIKTARAF LOJI RAWATAN AIR LUBAU, BAHAGIAN BETONG
Pada 15 Januari 2025, YB Dato Gerald Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air Lubau di Bahagian Betong.
Lawatan ini bertujuan bagi meninjau serta memantau perkembangan terkini berkenaan dengan projek tersebut yang setakat ini telah menunjukkan perkembangan yang amat baik dan mengikut jadual.
Taklimat berkenaan dengan projek tersebut telah disampaikan oleh Ir. Tay Chiaw Teck, Jurutera Air Bahagian Betong.
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan), serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.
Bagi menampung permintaan bekalan air terawat yang semakin meningkat di Daerah Betong, keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebagai agensi pelaksana kini sedang melaksanakan projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Lubau daripada kapasiti 30 Juta Liter Sehari kepada 60 Juta Liter Sehari.
Projek ini telah bermula sekitar pertengahan tahun 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026.
MAJLIS AMANAT PERDANA YAB PREMIER SARAWAK 2025 - 13 Jan 2025
MAJLIS AMANAT PERDANA YAB PREMIER SARAWAK 2025
Majlis Amanat Perdana YAB Premier Sarawak 2025 telah diadakan pada pagi tadi 13 Januari 2025 (Isnin) bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak bersama 10 pegawai yang lain turut menghadiri majlis tersebut.
Pada majlis tersebut, YAB Premier telah membentangkan kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh Kerajaan Sarawak sepanjang tahun 2024 dan seterusnya hala tuju Penjawat Awam Sarawak pada tahun 2025 ini.
Turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut adalah YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak dan juga YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.
MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI JBALB SARAWAK BIL. 1/2025 - 13 Jan 2025
MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI JBALB SARAWAK BIL. 1/2025
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil. 1/2025 telah diadakan pada 13 Januari 2025 (Isnin) dan dipengerusikan oleh Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak bertempat di Citadines Uplands Hotel, Kuching.
Mesyuarat ini sangat penting dalam membincangkan prestasi jabatan bagi tahun 2024 serta hala tuju jabatan untuk tahun ini.
Kesemua Timbalan-Timbalan Pengarah telah hadir bersama Ketua-Ketua Penolong Pengarah dan Jurutera-jurutera Air Bahagian.
GENAP SETAHUN TUAN PENGARAH JBALB SARAWAK 2025 - 06 Jan 2025
GENAP SETAHUN TUAN PENGARAH JBALB SARAWAK 2025
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE LOJI-LOJI RAWATAN AIR DI BAHAGIAN SRI AMAN - 02 Jan 2025
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR BAHAGIAN SRI AMAN
Pada pagi tadi (2 Januari 2025), Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah memulakan lawatan kerja pertama pada Tahun Baharu 2025 ke Loji Rawatan Air Stumbin, dan Seduku Agropolitan di Bahagian Sri Aman.
Ketibaan Tuan Pengarah JBALB disambut oleh Encik Amirul Abidurrahman Jauzi bin Suhaili, Penolong Jurutera Air Bahagian Sri Aman.
Lawatan ini bertujuan bagi mendengar taklimat serta meninjau perkembangan terkini berkenaan dengan pengoperasian sistem bekalan air di loji tersebut.
Turut hadir bersama Tuan Pengarah JBALB adalah Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Timbalan Pengarah (Operasi).
Seterusnya, Tuan Pengarah telah berkesempatan untuk melakukan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Lingga dan Loji Rawatan Air Pantu pada sebelah petang hari yang sama.
Lawatan ini meneruskan acara 'turun padang' tuan pengarah bagi melawat loji-loji rawatan air JBALB di seluruh Sarawak bagi meninjau sendiri keadaan loji serta pengoperasian sistem bekalan air
MAJLIS APRESIASI JBALB BAHAGIAN SIBU BERSAMA PENGARAH JBALB TAHUN 2024 - 19 Dec 2024
MAJLIS APRESIASI JBALB BAHAGIAN SIBU BERSAMA PENGARAH JBALB TAHUN 2024
Majlis Apresiasi JBALB Bahagian Sibu bersama Pengarah JBALB Sarawak Tahun 2024 telah diadakan di Kingwood Hotel, Sibu pada 18 Disember 2024.
Tuan Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah menghadiri majlis tersebut selaku tetamu kehormat. Turut hadir adalah Encik Abdul Malik Abdullah, Pengurus Besar Lembaga Air Sibu dan Puan Ir. Ts. Kueh Li Li, Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal.
Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan perkhidmatan kepada kakitangan JBALB serta menghargai warga kerja yang bertungkus lumus menganjurkan aktiviti di JBALB Bahagian Sibu sepanjang 2024.
Setinggi-tinggi tahniah kepada warga JBALB Bahagian Sibu di atas kejayaan menganjurkan majlis apresiasi ini.
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR SLABI, BAHAGIAN SERIAN DAN TAPAK PROJEK 'SERIAN REGIONAL WATER SUPPLY PHASE 2 (STAGE 1)' - 19 Dec 2024
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR SLABI, BAHAGIAN SERIAN DAN TAPAK PROJEK 'SERIAN REGIONAL WATER SUPPLY PHASE 2 (STAGE 1)'
Pada pagi tadi (19 Disember 2024), Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah melakukan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Slabi, Bahagian Serian.
Ketibaan Tuan Pengarah JBALB disambut oleh Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan, Jurutera Air Bahagian Serian.
Lawatan ini bertujuan bagi mendengar taklimat serta meninjau perkembangan terkini berkenaan dengan projek 'Serian Regional Water Supply Phase 2' yang setakat ini telah menunjukkan perkembangan yang amat baik dan mengikut jadual.
Seterusnya, Tuan Pengarah JBALB telah berkesempatan untuk melawat ke Mini Command Centre JBALB Serian yang baru sahaja siap.
Seusai lawatan ke Loji Rawatan Air Slabi dan taklimat projek tersebut, Tuan Pengarah JBALB telah dibawa ke tapak Projek Serian Regional Water Supply Phase 2 (Stage 1) untuk melihat pemasangan saluran paip bagi projek tersebut.
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR TAPAH - BAHAGIAN KUCHING - 19 Dec 2024
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR TAPAH - BAHAGIAN KUCHING
Setelah melawat dan meninjau perkembangan projek di Loji Rawatan Air Slabi Serian pada sebelah pagi (19 Disember 2024), Tuan Pengarah JBALB Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan terus melakukan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Tapah, Bahagian Kuching pada sebelah petang hari yang sama.
Beliau telah diberikan taklimat oleh Ir. Ts. Awang Muhammad Ayahtullah Awang Najeri, Jurutera Air Bahagian Kuching.
Lawatan ini meneruskan acara 'turun padang' tuan pengarah bagi melawat loji-loji rawatan air JBALB di seluruh Sarawak bagi meninjau sendiri keadaan loji serta pengoperasian sistem bekalan air.
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE TAPAK PROJEK 'ACUTE PLANT' DI SG. SADIT, BAHAGIAN SIBU - 18 Dec 2024
LAWATAN KERJA PENGARAH JBALB SARAWAK KE TAPAK PROJEK 'ACUTE PLANT' DI SG. SADIT, BAHAGIAN SIBU
Pada petang tadi (18 Disember 2024), Tuan Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan telah melakukan lawatan kerja ke tapak projek 'Acute Plant' di Kawasan Sg. Sadit, Bahagian Sibu.
Ketibaan Tuan Pengarah JBALB disambut oleh Ts. Sally Tang Nga Lin, Jurutera Air Bahagian Sibu.
Lawatan ini bertujuan bagi meninjau serta memantau perkembangan terkini berkenaan dengan projek tersebut yang setakat ini telah menunjukkan perkembangan yang amat baik dan mengikut jadual.
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Encik Itin Langit (Pengurus Besar Lembaga Air Sibu (SWB)), Encik Thomas Lucas Santang (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.