PERKHIDMATAN CEMERLANG WARGA KERJA JBALB BAHAGIAN KUCHING DIIKTIRAF - 15 Dec 2025
PERKHIDMATAN CEMERLANG WARGA KERJA JBALB BAHAGIAN KUCHING DIIKTIRAF

Hari ini tadi, pihak JBALB Bahagian Kuching telah mengadakan Majlis Makan Tengahari bersama Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak bertempat di salah satu restoren di Bandaraya Kuching.

Dalam ucapannya, Datu Pengarah amat berterima kasih di atas sumbangan besar, kerja keras serta khidmat bakti dari warga kerja JBALB Bahagian Kuching dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Datu Pengarah juga turut mengingatkan agar perkhidmatan ini perlu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Dalam majlis ini juga, pihak JBALB Bahagian Kuching yang diketuai oleh Encik Ir. Ts. Awang Muhammad Ayahtullah Awang Najeri turut memberi cendaramata kepada Datu Pengarah di atas kepimpinan cemerlang beliau dalam mengemudi JBALB Sarawak dalam tempoh 2 tahun ini.

Turut hadir bersama adalah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi)
JBALB MIRI BANTU PENDUDUK NIAH/SUBIS TERJEJAS GANGGUAN BEKALAN AIR - 12 Dec 2025
JBALB MIRI BANTU PENDUDUK NIAH/SUBIS TERJEJAS GANGGUAN BEKALAN AIR

JBALB Bahagian Miri hari ini telah menyalurkan sebanyak 1,140 karton air minuman kepada penduduk di kawasan Niah dan Subis yang terkesan akibat kejadian banjir serta paip terputus, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air.

Agihan bekalan air ini melibatkan 23 Rumah Panjang, merangkumi:

Rh Segiong, Rh Willey Fernandez, Rh Nomi, Rh Jengie, Rh Linit, Rh Babu, Rh Kilat, Rh. Thomas, Rh. Chermi Jelin, Rh. Untol, Rh. Maling, Rh Banyung / Rh Christopher, Rh. Linan, Rh. Edward, Rh. Richard Pilet, Rh. Jelani, Rh Sumping, Rh. Bulin AK Nyalu, Rh. Nelson Ningkan, Rh. Nyala, Rh. Ayai, Rh. Linan dan Rh. Sumob.

Pengagihan ini dilaksanakan sebagai langkah sementara bagi memastikan keperluan asas penduduk terus terjamin. 

Pada masa yang sama, pasukan teknikal JBALB sedang melaksanakan pemantauan serta kerja pembaikan paip yang terjejas, tertakluk kepada keadaan cuaca dan keselamatan lokasi.

JBALB Miri akan terus memantau situasi semasa dan komited memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. 

Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pihak.

 
MBJ PLATFORM TERBAIK PERTINGKAT KEBAJIKAN WARGA KERJA JBALB SARAWAK - 11 Dec 2025
MBJ PLATFORM TERBAIK PERTINGKAT KEBAJIKAN WARGA KERJA JBALB SARAWAK

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 3/2025 JBALB Sarawak yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Pengarah JBALB Sarawak hari ini sekali lagi menjadi platform terbaik dalam mempertingkat kebajikan, kesejahteraan dan suara warga kerja JBALB di seluruh negeri.

Dalam mesyuarat ini, pelbagai perkara berhubung persekitaran kerja, pembangunan modal insan, keselamatan & kesihatan pekerjaan, serta cadangan penambahbaikan perkhidmatan telah dibincangkan secara konstruktif antara pihak pengurusan dan wakil pekerja.

Datu Pengarah turut menegaskan komitmen JBALB untuk terus mendengar serta mengambil tindakan terhadap isu-isu yang dibangkitkan, selaras dengan aspirasi Sarawak Civil Service ke arah organisasi yang lebih responsif, berintegriti dan berfokus kepada kesejahteraan warga.

Platform MBJ ini membuktikan bahawa kerjasama erat antara pengurusan dan warga kerja adalah kunci kepada peningkatan mutu perkhidmatan bekalan air luar bandar, seiring dengan transformasi JBALB yang semakin matang memasuki usia satu dekad.
PREMIER SARAWAK SAMPAIKAN UCAPTAMA SEMPENA WDCE 2025 DI BANGKOK THAILAND - 10 Dec 2025
PREMIER SARAWAK SAMPAIKAN UCAPTAMA SEMPENA WDCE 2025 DI BANGKOK THAILAND

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, hari ini menyampaikan ucaptama pada Water and Development Congress & Exhibition (WDCE) 2025 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Kehadiran Premier Sarawak ke kongres bertaraf antarabangsa ini menyerlahkan komitmen negeri dalam memperkukuh agenda air, sanitasi dan pembangunan lestari, seiring aspirasi PCDS 2030 serta usaha memperkasa pengurusan sumber air untuk generasi masa depan.

Turut hadir mengiringi beliau ialah YB Dato Sri Haji Julaihi Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Yang Berbahagia Datu Jafri Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.

Delegasi Sarawak turut mengambil bahagian dalam sesi teknikal, pameran serta perbincangan strategik bersama rakan antarabangsa bagi meneroka inovasi baharu dalam sektor air dan sanitasi.
PENGANUGERAHAN '5 STAR RATING WEBSITE 2024', JBALB SARAWAK TAMBAH KOLEKSI PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN - 04 Dec 2025
PENGANUGERAHAN '5 STAR RATING WEBSITE 2024', JBALB SARAWAK TAMBAH KOLEKSI PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN

Satu lagi pencapaian membanggakan tahun ini buat JBALB Sarawak apabila dianugerahkan '5-Star Rating Website (2024)' melalui Encik Anand Mohan Puthuppully, Pentadbir Laman Sesawang JBALB Sarawak dari Cawangan Komunikasi Korporat bersempena dengan Anugerah 'SCSDU Digital Excellence Awards 2025' yang berlangsung pada pagi tadi 4 Disember 2025 (Khamis) bertempat di The Waterfront Hotel Kuching.

Anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh YBhg. Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah bin Haji Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) yang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Sarawak dan YBhg. Datu Grace Huong Siew Hung, Pengarah Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU)

Turut hadir bersama dalam memeriahkan majlis tersebut adalah YBhg. Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan (Pengarah JBALB Sarawak), Encik Ir. Ts. Anwarul Adzizi Adeni (Ketua Penolong Pengarah - Transformasi Digital), dan Encik Joshua Tie Ngie Poh (Ketua Pegawai Digital - CDO).

Pengiktirafan kepada Encik Anand ini membuktikan bahawa pihak JBALB Sarawak sentiasa komited untuk menyalurkan segala maklumat terkini kepada masyarakat dan orang awam
'SCHEDULE OF RATES JBALB SARAWAK' DILANCARKAN BAGI MEMPERKUKUH KECEKAPAN DAN PIAWAIAN PROJEK BEKALAN AIR - 04 Dec 2025
'SCHEDULE OF RATES JBALB SARAWAK' DILANCARKAN BAGI MEMPERKUKUH KECEKAPAN DAN PIAWAIAN PROJEK BEKALAN AIR

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah melancarkan ’Schedule of Rates (SOR) JBALB Sarawak’ sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh integriti, ketelusan, tadbir urus, kecekapan dan piawaian projek bekalan air.

SOR yang dilancarkan oleh YB Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi) yang mewakili YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersempena Majlis Apresiasi JBALB Sarawak Tahun 2025 yang telah diadakan pada 4 Disember 2025 (Khamis) bertempat di UCSI Hotel Kuching dirangka bertujuan untuk menjadi dokumen rujukan dalam kerja-kerja pembinaan dan pemasangan berkaitan bekalan air, penentuan harga bahan, buruh dan peralatan, penyediaan anggaran kos projek dan penyelarasan harga bagi tender, sebut harga dan kontrak.

SOR JBALB Sarawak berfungsi sebagai panduan harga supaya semua pihak yang merangkumi perunding, kontraktor dan pegawai teknikal dapat menggunakan kadar yang seragam, telus dan mengikut piawaian sekaligus mengelakkan ketirisan, dan memudahkan proses penilaian serta kelulusan projek.

Langkah ini seiring dengan aspirasi Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg untuk membudayakan tadbir urus dan tatakelola yang baik dalam setiap agensi negeri. Pelaksanaan SOR ini menandakan satu anjakan penting dalam memperkukuh pengoperasian JBALB sebagai sebuah Jabatan Teknik. Dengan pelancaran ini, JBALB Sarawak terus komited untuk melaksanakan urus tadbir yang baik, berpaksikan prinsip integriti sebagai pemacu organisasi.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 123 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 dan dan sekalung penghargaan kepada 35 orang pesara yang telah dianugerahkan pada majlis apresiasi tersebut.

Turut hadir bersama dalam memeriahkan majlis tersebut adalah YBhg. Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan (Pengarah JBALB Sarawak), YBrs. Puan Malseni binti Jamal (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn Bhd) , barisan pengurusan tertinggi Ibu Pejabat JBALB serta Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB Sarawak.
PENGURUSAN KEWANGAN YANG MANTAP, JBALB PERKEMAS TATAKELOLA DAN URUS TADBIR - 21 Nov 2025
PENGURUSAN KEWANGAN YANG MANTAP, JBALB PERKEMAS TATAKELOLA DAN URUS TADBIR

Hari ini tadi telah diadakan Mesyuarat Penutupan Akaun Awam Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh Cawangan Kewangan JBALB Sarawak bertempat di Hotel Waterfront, Kuching.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak ini amat penting dalam memastikan pengurusan bajet, bayaran dan pengurusan rekod perakaunan berjalan lancar dan di tahap cemerlang bagi tahun 2025.

Pengurusan kewangan yang mantap merupakan cerminan di atas komitmen JBALB untuk terus memperkemas tatakelola dan urus tadbirnya dana awam dibelanjakan mengikut proses dan prosedur yang betul mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Tahniah kepada Cawangan Kewangan yang diterajui oleh Encik Abdul Ghani di atas sesi taklimat serta perkongsian ilmu yang telah diadakan hari ini.
JELAJAH HBP DI KAPIT MERIAH, JBALB PERTINGKAT PERKHIDMATAN BEKALAN AIR - 19 Nov 2025
JELAJAH HBP DI KAPIT MERIAH, JBALB PERTINGKAT PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

Siri jelajah Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) JBALB Sarawak anjuran Cawangan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah diadakan pada hari ini, 19 November 2025 (Rabu) bertempat di Dewan Suarah Kapit. Program ini merupakan jelajah HBP ke-10 pihak jabatan turun padang untuk bersemuka bersama pemimpin dan masyarakat setempat.

Turut hadir bersama dalam memeriahkan program hari ini tadi adalah Encik Anyie Awing selaku wakil Pegawai Daerah Kapit.

Taklimat ringkas berkenaan JBALB Sarawak telah disampaikan oleh Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat). Seterusnya, taklimat berkenaan perkembangan terkini pengoperasian dan pembangunan JBALB Bahagian Kapit telah disampaikan oleh Encik Andres Inchatekoster Anyap selaku Jurutera Air Bahagian. 

Program turun padang ini melibatkan ketua kampung/ketua masyarakat di Bahagian Kapit yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan JBALB dengan masyarakat setempat melalui sesi perkhidmatan pelanggan, pameran serta perkongsian maklumat oleh rakan strategik.

Di samping program HBP pada pagi tadi, sesi Pertandingan Mewarna juga diadakan terbuka kepada para pelajar sekolah rendah untuk menyertai pertandingan tersebut.

Setinggi penghargaan kepada penceramah dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam pameran perkhidmatan daripada pihak JBALB Bahagian Kapit, Service Sarawak SCSDU, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), Bank Simpanan Nasional (ejen BSN), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Jabatan Akauntan Negara, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Majlis Amanah Rakyat, Jabatan Perbendaharaan, dan Pejabat Kesihatan Bersatu, Agro Bank, dan Bank Rakyat.
PEMERKSAAN SEMANGAT BERPASUKAN, JBALB MIRI ANJUR PROGRAM BINA SEMANGAT - 16 Nov 2025
PEMERKSAAN SEMANGAT BERPASUKAN, JBALB MIRI ANJUR PROGRAM BINA SEMANGAT

JBALB Bahagian Miri telah menganjurkan Program Teambuilding 'JBALB POWER-UP DAY 2025' untuk warga kerjanya pada 14hb - 16hb November 2025 bertempat di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.

Program teambuilding ini dianjurkan bagi memperkukuh kerjasama, menyemarakkan semangat sepasukan dan mempertingkat budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan 6 Nilai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu Integriti, Profesionalisme, Berorientasikan Hasil, Baik Hati dan Prihatin, Semangat Berpasukan, dan Sikap Kesegeraan dan Semangat Sepunya

Melalui aktiviti yang dirancang, warga JBALB Miri berpeluang mengukuhkan komunikasi, memantapkan koordinasi tugas serta menyemai nilai saling hormat-menghormati demi memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat khususnya di Bahagian Miri.

Turut hadir menyertai program ini ialah Encik Awang Fardillah bin Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat) dan Ts. Lau Jing Teck (Jurutera Air JBALB Bahagian Miri)
12345678910NextLast