TAKLIMAT BEKALAN AIR JBALB BAGI ZON MERAPOK, LAWAS TINGKAT KESEDARAN KOMUNITI
14 May 2026 - 14 May 2026,
Dewan Serbaguna Ulu Merapok
JBALB Limbang
TAKLIMAT BEKALAN AIR JBALB BAGI ZON MERAPOK, LAWAS TINGKAT KESEDARAN KOMUNITI
JBALB Bahagian Limbang telah menganjurkan satu Taklimat Bekalan Air bagi Zon Merapok pada hari ini 14 Mei 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Ulu Merapok. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti masyarakat mengenai prosedur permohonan pemasangan meter bagi kawasan liputan JBALB di bawah Projek Rakyat Kawasan Ulu Merapok yang telah siap dilaksanakan..
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Ts. Ahmad Hafidzur Rahman bin Ahmad Nidhom selaku Jurutera Air JBALB Bahagian Limbang.
Taklimat turut memberi pendedahan berkaitan kepentingan penggunaan bekalan air terawat secara sah dan teratur, di samping meningkatkan kefahaman penduduk mengenai proses permohonan pemasangan meter air.
Selain itu, sesi penerangan mengenai Pencegahan Vandalisme turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga aset bekalan air awam demi memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada pengguna.
Turut hadir bersama jurugegas paip yang berlesen bagi memudahkan orang awam membuat permohonan terus ketika program.
For more information, please visit
here