Event

 

LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR KAKI WONG, BAHAGIAN BETONG

29 Sep 2024 - 29 Sep 2024, Loji Rawatan Air Kaki Wong, Betong
JBALB Betong
LAWATAN KERJA MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK KE LOJI RAWATAN AIR KAKI WONG, BAHAGIAN BETONG

YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Loji Rawatan Air Kaki Wong, Bahagian Betong pada 29 September 2024.

Selain diberikan taklimat berkenaan situasi semasa loji berkenaan serta pengoperasiannya oleh Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB dan Ir. Tay Chiaw Teck, Jurutera Air Bahagian Betong, sesi libaturus bersama pemimpin masyarakat juga turut diadakan. 

Lawatan ke sekitar loji turut diadakan termasuk meninjau perkembangan terkini pembinaan projek weir. 

Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah YB Encik Mohd Chee Kadir (ADUN Kabong), YB Encik Friday Belik (ADUN Krian), YB Encik Muhammad Hj Duri (ADUN Kelaka), ketua-ketua kaum masyarakat, serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.