CENTRALIZED WATER COLLECTION CENTRE DIWUJUDKAN DI BEBERAPA KAWASAN DI STUMBIN BIJAT, SRI AMAN
Posted on 24 Jan 2026
CENTRALIZED WATER COLLECTION CENTRE DIWUJUDKAN DI BEBERAPA KAWASAN DI STUMBIN BIJAT, SRI AMAN
Kepada para pengguna yang kami hormati di kawasan Stumbin-Bijat dan sekitarnya di Bahagian Sri Aman,
Pihak kami amat mengambil berat dengan isu gangguan bekalan air di kawasan Stumbin-Bijat dan sekitanya. Kini usaha keras sedang dilakukan oleh pasukan teknikal di lapangan bagi mencari punca kepada gangguan bekalan air di kawasan tersebut.
Sementara itu, pihak kami telah menyediakan 'Centralized Water Collection Centre' di kawasan-kawasan berikut bagi memudahkan para pengguna mendapatkan bekalan air bersih.
1. Kampung Melayu Baur, Tg. Bijat
2. SK Tanjung Bijat
3. Kpg Pangkat (Kawasan Surau)
4. Kpg Hilir Stumbin (Kawasan Masjid)
5. Kpg Melayu Tg Bijat (Kwasan Masjid)
6. Kampung Skirau Tengah, Tg. Bijat.
Penghantaran bekalan air menggunakan lori tanker turut dilakukan sehingga isu bekalan air ini diselesaikan. JBALB Bahagian yang berhampiran juga turut sama-sama membantu bagi membuat penghantaran bekalan air ke kawasan terjejas
Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai segala kerjasama dari para pengguna.
Sila hubungi JBALB Call Centre di Talian 082-262211 bagi sebarang aduan dan pertanyaan.
Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui laman FB JBALB Sarawak dan FB Rakan JBALB Bahagian Sri Aman.
Harap Maklum, Terima Kasih.