News

Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air SAWAS bagi penduduk Long Busang, Bahagian Kapit
Posted on : 07 Oct 2022  Source of News: JBALB SAWAS
 
Pada 1hb Oktober 2022 yang lalu, telah diadakan Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air SAWAS bagi penduduk Long Busang, Bahagian Kapit oleh YB Datuk Hj Julaihi Bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bertempat di Uma Badeng Long Busang.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti), Tuan Nyurak Keti (Residen Bahagian Kapit) dan Ir. Chang Kuet Shian (Pengarah JBALB Sarawak).
Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) merupakan salah satu usaha Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak.
Projek ini berperanan untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan yang terpencil dan belum menerima bekalan air yang bersih dan selamat. Pelaksanaan SAWAS merupakan salah satu usaha ke arah mencapai Visi Sarawak untuk menyalurkan 100% bekalan air menjelang tahun 2030.
Objektif utama projek SAWAS adalah untuk menyediakan bekalan air bersih dan selamat dengan menggunakan sistem bekalan air yang bersesuaian yang dikendalikan dan diselenggarakan oleh masyarakat tempatan.
Projek SAWAS ini adalah bersifat komuniti di mana tanggungjawab untuk pengendalian dan penyelenggaraan terletak pada komuniti tersebut. Namun demikian, pihak JBALB akan sentiasa memantau keadaan loji tersebut dari semasa ke semasa.